Wednesday, October 7, 2015

Tip-tip penjimatan pelajar


1.      Bahagikan wang
Langkah pertama yang boleh kita lakukan adalah bahagikan wang yang kita peroleh. Misalnya, wang purata 1 semester yang akan kita dapat adalah RM2400 selepas ditolak yuran. Bahagikan mengikut keperluan 1 semester.
Rumah sewa satu semester RM 750        ( perkongsian bersama rakan-rakan)
Bil elektrik, air, wifi satu semester RM 350
Total                              RM  1100
Baki                 RM2400-RM1100 = RM1300/6 bulan =RM216.67 sebulan.
Dahulukan terlebih dahulu keperluan harian yang penting seperti sewaan dan bil, buku dan bahan-bahan keperluan pengajian. Nampak seakan sedikit tetapi beringatlah sebelum terlambat. Selain itu, perlu dikeluarkan juga adalah yang untuk pengangkutan ketika musim cuti nanti.
2.      Tapis keperluan dan kehendak
Salah seorang rakan pernah mengingatkan saya, “barang yang kau beli tue satu keperluan atau kehendak???” dan terima kasih kepada sahabat ini kerana peringatannya menjadi salah satu tips dalam diri saya untuk terus berjimat dan beringat dalam berbelanja. KFC, Pizza hut, Mcd dan lain-lain makan segera pasti menjadi menu utama remaja yang sedang sibuk belajar. Tetapi perlu diingatkan makanan-makanan ini sememangnya mahal dan hanya boleh dibeli ketika kita betul2 berkeinginan. Elakkan juga berbelanja terhadap baju, kasut, dan sebagainya dengan menggunakan wang PTPTN. Bukan tidak  boleh terus tetapi harus ada batasannya.
3.      Masak di rumah
Tinggal di rumah sewa dengan tinggal di kolej sangatlah berbeza. Ini kerana kita perlu memikirkan bil-bil yang tersedia untuk dibayar pada setiap bulan. Oleh itu langkah penjimatan yang boleh kita lakukan adalah dengan masak sendiri di rumah. Berdasarkan pengalaman, RM20 seminggu di keluarkan untuk membeli barang keperluan memasak dan dikongsi bersama rakan sewaan yang lain. Selain seronok bertukar-tukar menu masakan ia juga membantu kita mengeratkan silaturahim sesame rakan ( mcm sye, sye lebih bnyk membuli rkn utk memasak ^^). Berbanding makan di luar yang memerlukan RM10 sehari, memasak menjimatkan kos makanan.


4.      Guna kemudahan yang disediakan dengan sebaiknya
Pihak universiti pasti ada menyediakan keperluan asas untuk pelajar seperti bas, wifi dan sebagainya. Saya menggunakan perkhidmatan bas sepanjang pengajian, tanpa rungutan. Ini kerana even minyak dah turun tp kalau naik bas itu lg jimat why not kn. Ini kerana di universiti saya, yuran bas telah ditolak bersama-sama yuran pengajian. Oleh itu, knpe xnk gnekan perkhidmatan yg kite dh byr??? RM100 tue..  soo…. Carilah peluang untuk laksanakan penjimatan dgn mcm2 cara.
5.      Kerja part time/ jadikan hobi sebagai punca pendapatan
Jika anda ada masa, tidak kisah akan kepenatan walaupun tidak setimpal dengan gaji yg akn diperoleh, hanya demi mencari wang saku tambahan, kerja part time boleh dilakukan. Kerja part time mmg pnt, gaji kecil dan perlu usaha lebih n tahan makian n cacian tapi anda boleh peroleh wang dengan cara ini. Selain itu, apa yang anda akan peroleh juga adalah ilmu yg anda tidak akn dpt di uni.
            Jika rse tak mampu nk bekerja dengan owg, cre lain adalah dengan jadikan hobi anda sebagai punca pendapatan. Contoh, mengait, jurufoto, dan mcm2 lg hobi yg anda ada yg boleh dijadikan sbgi sumber pendapatan, yang penting anda perlu kretif n pndi berfikir untuk mencari wang.


No comments:

Post a Comment