Antara Kedekut, berkira dengan beringat
Duit ada RM100 je tapi nak beli mcm2… dengan duit yang
sebegitu banyak dengan situasi semasa memang xkn mampu untuk beli apa yang kita
hajatkan. Segala belanja yang dikeluarkan harus di hitung sebaik mungkin.
Setiap individu perlu bijak menguruskan kewangan peribadi masing-masing supaya
cukup bulan masih tinggal sedikit wang untuk dibelanjakan sebelum menunggu gaji
bulanan.
Hati tergerak untuk menulis selepas membaca entry
ruangan di majalah Solusi. Perbezaan kedekut, berkira dengan beringat. Apa beza
ketiga-tiganya ini.
i)
Kedekut
Kedekut adalah sifat di mana sentiasa tidak mahu
mengeluarkan wang untuk keperluan diri ataupun insan sekeliling. Menurut
penulis, Azzam Supardi, sifat kedekut ini lebih banyak keburukan daripada
kebaikan. Keburukan yang ketara ialah kita tidak berkeinginan untuk
mengeluarkan sedekah disebabkan kebakhilan kita.
ii)
Berkira
Berkira pula ialah sifat di mana individu ini rela
mengeluarkan belanja mengikut keperluan dirinya tetapi akan merungut tentang
belanja yang dikeluarkan. Menurut menulis, sifat Kerkira ini ada kebaikan dan
keburukannya yang tersendiri. Keburukannya, kita akan sentiasa berkira terhadap
rezeki yang telah Allah beli kepada kita.
iii)
Beringat
Sifat beringat pula merupakan perantaraan di antara
sifat kedekut dengan berkira. Mereka akan menilai terlebih dahulu perkara yang
ingin dibelanjakan dan menimbal sama ada barang yang hendak dibeli merupakan
satu keperluan atau kehendak. Selain itu, mereka juga tidak akan terus membeli
sebaliknya membuat perbandingan harga di antara kedai bagi mendapatkan harga
yang dianggap menguntungkan individu tersebut.
Ketiga-tiga sifat yang diketengahkan ini menjadi
peringatan kepada kita untuk menjadi insan yang bagaimana dalam menguruskan
kewangan di situasi kegawatan ekonomi negara yang melanda Malaysia. Sesiapa
yang pernah menonton rancangan “extreme cheapness” pasti mampu menilai
bagaimana caranya untuk menjadi seorang yang berjimat. Beringat dan berjimat
itu perlu untuk memastikan kita tidak terjebak dengan masalah hutang dan
kewangan tetapi biarlah berpada-pada.
Insan
yang masih belajar seperti saya yang masih mengharapkan duit PTPTN untuk menampung
keperluan diri sepanjang 6 bulan semester berlangsung harus sentiasa beringat
dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Berbekalkan wang yang hanya cukup2
makan, tanpa mengharapkan wang tambahan daripada ibu bapa menjadi satu cabaran
pada diri untuk terus kadangkala kedekut, berkira atau beringat supaya diri
tidak terjebak ke masalah “kemiskinan”
di penghujung semester. Di sini ada disertakan beberapa tip yang boleh diguna pakai sebagai
seorang mahasiswa dalam berbelanja.
No comments:
Post a Comment