Wednesday, June 18, 2014

My supermom
Mak, ummi, omma, ibu atau gelaran apa sahaja yang kita panggil utk ibu kita mereka tetap insan yang sama… owg yang melahirkan kita… membesarkan kita dan owg yang selalu ada tika kita sng atau susah…
utk topik kali nie… nk cite psl my supermom!!!! jeng… jeng…jeng…. siapa kt sni anggap mak die tue superpower yg tidak ada tandingannya…. sila angkat kaki tinggi2… kekeke…. ok tak lawak….
seperti kamu…. saya juga begitu….. mak adalah segala2nya bagi saya….. tapi ada satu lagi insan yang yg betul2 buat saya kagum…. insan itu juga bergelar seorang emak… tapi bukan emakku sebaliknya nenekku…. huhuhu… Atok..Hajah Ramnah merupakan seorang insan bergelar ibu yang paling aku kagumi sebelum mak aq…hehehehe….
Untuk pengetahuan smua…seperti orang dlu2 yang mengalami kesusahan… atok juga tidak terkecuali… semasa zaman perang Jepun, atok mengalami zaman keperitan yang sgt tak diduga…. Sejak kecil atok dibesarkan oleh seorang ibu tiri yg… hmmm…. kejam?? Tidak seperti adik-beradik atok yg lain, atok tak dibenarkan untuk bersekolah dan dipaksa untuk bekerja meraih pendapatan… dan di usia muda juga atok juga dipaksa untuk berkahwin… hasil perkahwinan atok, atok dikurniakan 12 ank iaitu 4 lelaki dan 8 perempuan… Namun 2 ank lelaki atok telah pergi menghadap ilahi ( arwah pak long dan pak ngah).
Dengan tulang empat keriat inilah atok membesarkan ank2 yer untuk menjadi insan yg berjaya…. Hasilnya… hampir kesemua ank2 atok sekarang bekerja dalam sektor kerajaan dn bekerja sendiri… sng cite semua berjaya dan mmpu utk sara atok…
Aku kagum dgn atok sebab walaupun usianya sudah menjangkau 70 tahun… dan ank2 yer sudah besar n sudah bermenantu dh pun… atok pn dh ad cicit… tp peranan seorg mak masih lg dilaksanakan dgn jayanya… Atok sentiasa ad di sisi ank2 yer saat ank2 yer mengalami kedukaan…. atok setia mendengar luahan ank2 yer… memberi nasihat dan teguran. She is just a perfect mother among a mother to me…. Dari sudut mata tua atok terselit kasih sayang yg x berbelah bg pada ank2 nya…. pada menantunya dan pada cucu juga cicitnya.
Untungnya aku apabila dikurniakan sebuah keluarga yg penuh dgn kasih syg…. Aku sentiasa belajar sesuatu dari ibubapaku juga makcik pakcikku… Kita sebagai seorang anak jangan pernah lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang anak kerana kejayaan yang kite peroleh hasil daripada usaha ibu bapa yg tak pernah jemu membesarkan kita… yg sanggup berkorban apa sahaja demi masa depan anak-anak. Allah akan sentiasa membantu anak2 yg taat pada ibu ayah..

Sekian sahaja coretan ku ini…. wasalam…

P/S: I LOVE YOU MOM n DAD

Saturday, June 7, 2014

Gila kpop
Budaya kpop bknlah satu budaya baru yg merebak dlm kalangan remaja masa kini, bahkan ia sebenarnya sudah lama bermastautin dlm jiwa remaja sejak bertahun yg lalu…  Tidak terkecuali aku sendiri… akui sendiri… aku juga merupakan salah seorang remaja (remaja ke??? tua dh… =.=") yg merupakan slh seorg peminat tegar dunia kpop… Malah sudah bertahun lamanya aku meminati budaya yg dtgnya dari korea ini.

Hati2 dlm meminati..

Lambakan drama-drama korea baru dn lama dalam siaran televisyen masa kini menjadi salah satu punca remaja mula mengenali apa itu Kpop… Malah bukan sahaja drama2 mereka… tetapi juga artis2 serta lagu2 mereka turut menjadi kegilaan. Antara artis2 yg menjadi kegilaan remaja ialah EXO,INFINITE, BIGBANG, CNBLUE, FTISLAND, GIRL GENERATION dan bnyak lagi dan disebabkan kekaguman mereka terhadap artis2 ini ada dlm kalangan remaja sanggup berhabis duit demi mengumpul barangan bertemakan artis kegemaran mereka.
Namun, tanpa kita sedari, kegilaan ini bukanlah satu budaya positif semata2… Hal ini demikian kerana kadang kala ada dlm kalangan remaja itu sendiri menyimpang jauh hingga menyatakan mereka menyesal menjadi owg Malaysia atau myb mereka menyesal menjadi umat islam… Sikap inilah yg membuatkan perkara ini menjadi negatif.

Ok, berdasarkan pengalaman aku sebagai peminat…. aku sgt berhati2 dlm pemilihan lagu…hehehe… nmpk x kt c2… sesiapa yg mendengar mp3 atu hp aku pasti akn berasa muak sbb lagu korea lbh bnyk dr lagu Melayu ataupun inggeris… hehehe..

Sebelum aku dego sesuatu lagu 2… aq akn tgk dlu klip video die n tgk mkne die dlm bhse English… disebabkan aq nie muslim… jadi langkah nie wajib dibuat… sebab kang tak memasal kite sedap dego n mendedangkan lagu 2 tp rupe2 ye ad unsur menghina Allah atau umat islam… x ker berdosa 2 nme yer…. simbol2 tuk group gak aq tgk jgk… sebab kite xnk nnt kolo kite gne simbol 2 ad unsur2 yg x ptt ad kn… huhuhu… syg… hasil kajian selidik yg x berape nk selidik… pasaran brgn korea skrg byk yg menjual tnpa tau simbol di sebalik smua tue… jadi adk2.. teman2 sekalian yg minat korea smo mcm syo nie… hati2 la ketika berminat 2 yer… sbb kite kne knl culture mereka dlu… bahasa mereka dlu…. baru blhminat.. hehehe.. sikap hati2 tue pntg…

Minat korea tp mereka tidak??

sapo kt cni minat giler krea tp teman sekeliling x gilo sme mcm kite??? spe..spe..spe…. hahahaha…. kolo anda menerima nasib yg sebegini…. senasib la kite….=.="
Agak sedih juga la bile teman sekeliling x punyai minat yg sme mcm kite…. sbb yer kite  xmmpu nk menceritakan ap yg kite minat nie pd mereka… lg2 teman2 yg mmg x suka korea… adui… sedih je rse kn… hahahaha…
Tapi nk buat mcm mne… kite xblh nk memaksa mereka tuk minat sme gn ap yg kite minat…. akibat yer… aq kdg2 seakan2 berada dlm duniaku sendiri… hal ini disebabkan aq leh gelak sesowg bile tgk Runningman… aq gak leh tagkp leleh tgk cite korea…. hahahaha…. ps2 kwn2 smua tgk pelik…. xsihat bdk nie… huhuhuhu….

Apa pun… kolo kite xpunyai minat yg sme… xsemstinya kite xleh berkawn…. trm keistimewaan mereka n kekurgn mrk… InsyaAllah blh yer….
Ok… 2 jelah luaran hati, prsn, jiwa raga aq tuk arinie….w'pn nmpk mcm x berguna pn entry nie… sekadar perkongsian semata2…. xd niat nk menyinggung  mne2 pihak ye… sekian….



Cinta: Bahagia atau derita?

Love is cinta… perasaan cinta hadir tanpa kita pinta.. tanpa mampu kita kawal..tanpa mampu kita kekang…. yang pasti.. semua orang akn merasainya…
Bagi orang yang baru pertama kali merasainya pasti akan tertanya-tanya… benarkah ini cinta dan bagi orang yang belum merasainya.. akan tertanya bagaimana rasanya cinta…
Terus terang… aku sendiri belum merasainya.. mengalaminya… tapi aku sering mendengarnya… dari mak ayahku, sahabatku, atok nenek ku malah makcik ku sendiri…. melihat mereka seronok mengatur kata bercerita pengalaman mereka jelas menggambarkan bahagianya bercinta… tapi ada juga yang menangis kerana bercinta…. derita kerana cinta… mengapa ini terjadi?? pasti akan ada yang kata… tak bolehkah kalau cinta itu biar bahagia sahaja jangan ada deritanya kerana ia perit untuk dialami…
Hmmm…. sukar bukan untuk menjawab persoalan itu….. padaku.. bahagia atau derita itu berlaku bukan atas dasar kehendak kita… bukan juga kita pinta… lamunan cinta ini satu pengalaman yang punyai seribu satu perasaan.. jika kita hanya merasa bahagia tanpa rasa peritnya cinta kita tak akan matang ketika bercinta…

bahagia atau derita?

bahagia atau derita dalam bercinta itu kita sendiri yang tentukan… bagaimana agaknya arah tuju percintaan kita… ada orang yang bercinta sakan selama bertahun-tahun tetapi akhirnya mereka berpisah jua… ada juga yang bercinta selepas berkahwin… dan ada sesetengah pihak menyatakan bercinta selepas kahwin itu lebih manis…. bunyi macam seronok bukan….
Makcikku sendiri bercinta selepas kahwin dan mereka kini bahagia hingga sekarang walaupun banyak badai yang menimpa mereka… Perkahwinan mereka ini diatur atas pilihan keluarga… setahun mereka bertunang dan mereka tidak kenal antara satu sama lain…. makcikku sendiri pernah bercerita yang dia betul2 tidak suka dengan pakcikku ini.. pernah sekali pakcikku ajak ke pantai untuk bertemu… tetapi mereka tidak bertemupun kerana makcikku tidak datang atas alasan pertemuan dibuat tanpa ditetapkan waktu… hahahaha… dari pagi hingga ke petang pakcikku tunggu dengan penuh kesabaran… makcik pakcikku juga saling menunggu antara satu sama lain untuk membatalkan pertunangan… tapi genap setahun mereka kahwin juga…
walaupun mereka menjalinkan ikatan perkahwinan tanpa ikatan percintaan pada mulanya tapi kini mereka msih tetap bahagia…

Bagaimana pula dengan mereka yang sudah bercinta sakan selama bertahun2 kemudiannya berkahwin tetapi penghujungnya bercerai berai????
Mereka sudah bertahun2 menyulam kasih… tetapi mengapa selepas berkahwin serinya bercinta itu seakan2 makin pudar dan hambar?? Kebanyakan situasi ini sering berlaku pada pasangan suami isteri sekarang…. Pada aku ia berlaku kerana kata2 cinta yang sering kita dengar dari pasangan makin lama makin hilang dan perkara yang mereka sering lakukan ketika hangat bercinta sudah tidak dilakukan lagi… oleh sebab itu ikatan sulaman percintaan itu semakin lama semakin longgar dan akhirnya putus jua…. Oleh itu, ingatan pada pasangan  jangan sesekali meninggalkan perkara2 yang digemari oleh kamu ketika bercinta dulu…. luangkan masa bersama2 sekurang2nya sekali sebulan untuk amarakkan lagi hubungan kamu… jika sudah ada anak… luangkan masa juga bersama anak2… sesungguhnya keluarga kita adalah segalanya2… jangan nanti bila sudah ternoda baru hendak tersedar…. Bangkitlah sebelum terlambat!!

Selain itu, hendak diingatkan juga… di dalam ikatan percintaan mahupun perkahwinan… perlu ada tolak ansur.. toleransi antara satu sama lain… kerjasama itu penting dalam mengeratkan lagi hubungan ini…. kedua2 belah pihak harus berusaha untuk mengekalkan hubungan ini… jika hanya sebelah pihak sahaja ia tidak akan sekuat dua pihak…. wujudkan suasana romantik… beri hadiah, kejutan atau apa sahaja yang boleh membuatkan pasangan kamu rasa dihargai, disayangi.. tidak kira lelaki mahupun perempuan… semua mahukan penghargaan dri pasangan masing2 kn…

Bodoh kerana cinta..

Ada orang kata "bodoh ketika bercinta"…. kadangkala kita merasakan dia bodoh bercinta dengan orang itu… tapi kita tak tau.. dan tak merasai apa yang mereka rasa jadi kita tak boleh nk judge seseorang hanya sekadar luaran… hanya orang yang bercinta sahaja tau bukan… kekurangan dia kita terima kelebihan kita dia terima… perlu ada keseimbangan… bukankah Allah menjadikan kaum adam dan hawa ini untuk saling melengkapi antara satu sama lain?
Ada juga dia bodoh kerana bercinta sebab sanggup serahkan segala2nya termasuk maruah kerana tersangat sayang dengan pasangan… hey…. kalau benar pasangan awk tue betul2 syg kat awk… dia xkn mintak bnde 2… sebaliknya dia akn protect awk bukan rosakkan awk…. jadi… wahai insan2 di luar sana dan saya sendiri… tetapkan dlm diri… jgn sesekali gadaikan maruah hanya kerana cinta!! jika itu terjadi… tinggalkan dia… cinta yang bersandarkan nafsu semata2 tidak akan menemui kebahagiaan sebab sudah menyimpang jauh!!
Kamu…kamu…. kamu dan kamu!!!! jgn la kita bodoh kerana cinta ok…. sebaliknya jadilah bijak dalam menyusuri percintaan… P/S: jika kamu sedang bercinta…. letakkan rasa cinta kamu pada Allah, Rasul, keluarga dan diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu mencintai dia… kelak bila kamu tersungkur… kamu akan sedar yang kamu masih ada owg lain yang menyayangi kamu… jika kamu keseorangan… tiada keluarga atau sahabat…. igt… Allah sentiasa ada… itu yg pasti… ^^

Takut bercinta??

Siapa di sini takut bercinta?? bukan sekadar kamu… tapi saya sendiri pun takut bercinta… lawak bukan? Mengapa takut?
Perasaan takut untuk bercinta itu terjadi mungkin atas dasar pengalaman yang lepas… atau atas faktor persekitaran… melihat kakak atau abang menderita kerana cinta membuatkan diri kita takut untuk bercinta… atau atas sebab faktor2 lain yang mungkin di luar jangkaan kita sendiri…
Mungkin juga individu itu belum merasai cinta kerana cinta itu sendiri belum hadir dalam diri mereka….ia juga bergantung pada rezeki masing-masing… mungkin bukan rezeki kita untuk bertemu jodoh pada usia muda… mungkin rezeki itu hadir pabila usia kita sudah meningkat senja… siapa tahu bukan?
Ok… menjawab persoalan pada diri saya sendiri mengapa saya sendiri takut bercinta… saya tak pernah menjalinkan hubungan serius sepanjang saya bercinta… ^^ mengapa hek saya takut bercinta sedangkan bukannya tidak ada lelaki yang ingin mendekati… hmm…. satu je boleh saya jawab… saya takut untuk merasai peritnya cinta….. huwaaa….. psti ada yang tak setuju ini…. kekeke…. tapi itulah diriku…. dan lagi satu…. saya selalu cakap imanku tak sekuat mereka… hahahaha….. sila doakan saya bertemu jodoh yang baik ok…=.="


            ok sekian sahaja perkongsian ilmu yang diselup hsil pembacaan dan pengalaman hidupku sendiri… jika kita tidak bersependapat… maaf la… ini hanya sekadar coretan hatiku… kisah hidupku… n jika kamu mahu menambah…. dipersilakan ok… sekian..^^