Saturday, June 7, 2014

Cinta: Bahagia atau derita?

Love is cinta… perasaan cinta hadir tanpa kita pinta.. tanpa mampu kita kawal..tanpa mampu kita kekang…. yang pasti.. semua orang akn merasainya…
Bagi orang yang baru pertama kali merasainya pasti akan tertanya-tanya… benarkah ini cinta dan bagi orang yang belum merasainya.. akan tertanya bagaimana rasanya cinta…
Terus terang… aku sendiri belum merasainya.. mengalaminya… tapi aku sering mendengarnya… dari mak ayahku, sahabatku, atok nenek ku malah makcik ku sendiri…. melihat mereka seronok mengatur kata bercerita pengalaman mereka jelas menggambarkan bahagianya bercinta… tapi ada juga yang menangis kerana bercinta…. derita kerana cinta… mengapa ini terjadi?? pasti akan ada yang kata… tak bolehkah kalau cinta itu biar bahagia sahaja jangan ada deritanya kerana ia perit untuk dialami…
Hmmm…. sukar bukan untuk menjawab persoalan itu….. padaku.. bahagia atau derita itu berlaku bukan atas dasar kehendak kita… bukan juga kita pinta… lamunan cinta ini satu pengalaman yang punyai seribu satu perasaan.. jika kita hanya merasa bahagia tanpa rasa peritnya cinta kita tak akan matang ketika bercinta…

bahagia atau derita?

bahagia atau derita dalam bercinta itu kita sendiri yang tentukan… bagaimana agaknya arah tuju percintaan kita… ada orang yang bercinta sakan selama bertahun-tahun tetapi akhirnya mereka berpisah jua… ada juga yang bercinta selepas berkahwin… dan ada sesetengah pihak menyatakan bercinta selepas kahwin itu lebih manis…. bunyi macam seronok bukan….
Makcikku sendiri bercinta selepas kahwin dan mereka kini bahagia hingga sekarang walaupun banyak badai yang menimpa mereka… Perkahwinan mereka ini diatur atas pilihan keluarga… setahun mereka bertunang dan mereka tidak kenal antara satu sama lain…. makcikku sendiri pernah bercerita yang dia betul2 tidak suka dengan pakcikku ini.. pernah sekali pakcikku ajak ke pantai untuk bertemu… tetapi mereka tidak bertemupun kerana makcikku tidak datang atas alasan pertemuan dibuat tanpa ditetapkan waktu… hahahaha… dari pagi hingga ke petang pakcikku tunggu dengan penuh kesabaran… makcik pakcikku juga saling menunggu antara satu sama lain untuk membatalkan pertunangan… tapi genap setahun mereka kahwin juga…
walaupun mereka menjalinkan ikatan perkahwinan tanpa ikatan percintaan pada mulanya tapi kini mereka msih tetap bahagia…

Bagaimana pula dengan mereka yang sudah bercinta sakan selama bertahun2 kemudiannya berkahwin tetapi penghujungnya bercerai berai????
Mereka sudah bertahun2 menyulam kasih… tetapi mengapa selepas berkahwin serinya bercinta itu seakan2 makin pudar dan hambar?? Kebanyakan situasi ini sering berlaku pada pasangan suami isteri sekarang…. Pada aku ia berlaku kerana kata2 cinta yang sering kita dengar dari pasangan makin lama makin hilang dan perkara yang mereka sering lakukan ketika hangat bercinta sudah tidak dilakukan lagi… oleh sebab itu ikatan sulaman percintaan itu semakin lama semakin longgar dan akhirnya putus jua…. Oleh itu, ingatan pada pasangan  jangan sesekali meninggalkan perkara2 yang digemari oleh kamu ketika bercinta dulu…. luangkan masa bersama2 sekurang2nya sekali sebulan untuk amarakkan lagi hubungan kamu… jika sudah ada anak… luangkan masa juga bersama anak2… sesungguhnya keluarga kita adalah segalanya2… jangan nanti bila sudah ternoda baru hendak tersedar…. Bangkitlah sebelum terlambat!!

Selain itu, hendak diingatkan juga… di dalam ikatan percintaan mahupun perkahwinan… perlu ada tolak ansur.. toleransi antara satu sama lain… kerjasama itu penting dalam mengeratkan lagi hubungan ini…. kedua2 belah pihak harus berusaha untuk mengekalkan hubungan ini… jika hanya sebelah pihak sahaja ia tidak akan sekuat dua pihak…. wujudkan suasana romantik… beri hadiah, kejutan atau apa sahaja yang boleh membuatkan pasangan kamu rasa dihargai, disayangi.. tidak kira lelaki mahupun perempuan… semua mahukan penghargaan dri pasangan masing2 kn…

Bodoh kerana cinta..

Ada orang kata "bodoh ketika bercinta"…. kadangkala kita merasakan dia bodoh bercinta dengan orang itu… tapi kita tak tau.. dan tak merasai apa yang mereka rasa jadi kita tak boleh nk judge seseorang hanya sekadar luaran… hanya orang yang bercinta sahaja tau bukan… kekurangan dia kita terima kelebihan kita dia terima… perlu ada keseimbangan… bukankah Allah menjadikan kaum adam dan hawa ini untuk saling melengkapi antara satu sama lain?
Ada juga dia bodoh kerana bercinta sebab sanggup serahkan segala2nya termasuk maruah kerana tersangat sayang dengan pasangan… hey…. kalau benar pasangan awk tue betul2 syg kat awk… dia xkn mintak bnde 2… sebaliknya dia akn protect awk bukan rosakkan awk…. jadi… wahai insan2 di luar sana dan saya sendiri… tetapkan dlm diri… jgn sesekali gadaikan maruah hanya kerana cinta!! jika itu terjadi… tinggalkan dia… cinta yang bersandarkan nafsu semata2 tidak akan menemui kebahagiaan sebab sudah menyimpang jauh!!
Kamu…kamu…. kamu dan kamu!!!! jgn la kita bodoh kerana cinta ok…. sebaliknya jadilah bijak dalam menyusuri percintaan… P/S: jika kamu sedang bercinta…. letakkan rasa cinta kamu pada Allah, Rasul, keluarga dan diri kamu terlebih dahulu sebelum kamu mencintai dia… kelak bila kamu tersungkur… kamu akan sedar yang kamu masih ada owg lain yang menyayangi kamu… jika kamu keseorangan… tiada keluarga atau sahabat…. igt… Allah sentiasa ada… itu yg pasti… ^^

Takut bercinta??

Siapa di sini takut bercinta?? bukan sekadar kamu… tapi saya sendiri pun takut bercinta… lawak bukan? Mengapa takut?
Perasaan takut untuk bercinta itu terjadi mungkin atas dasar pengalaman yang lepas… atau atas faktor persekitaran… melihat kakak atau abang menderita kerana cinta membuatkan diri kita takut untuk bercinta… atau atas sebab faktor2 lain yang mungkin di luar jangkaan kita sendiri…
Mungkin juga individu itu belum merasai cinta kerana cinta itu sendiri belum hadir dalam diri mereka….ia juga bergantung pada rezeki masing-masing… mungkin bukan rezeki kita untuk bertemu jodoh pada usia muda… mungkin rezeki itu hadir pabila usia kita sudah meningkat senja… siapa tahu bukan?
Ok… menjawab persoalan pada diri saya sendiri mengapa saya sendiri takut bercinta… saya tak pernah menjalinkan hubungan serius sepanjang saya bercinta… ^^ mengapa hek saya takut bercinta sedangkan bukannya tidak ada lelaki yang ingin mendekati… hmm…. satu je boleh saya jawab… saya takut untuk merasai peritnya cinta….. huwaaa….. psti ada yang tak setuju ini…. kekeke…. tapi itulah diriku…. dan lagi satu…. saya selalu cakap imanku tak sekuat mereka… hahahaha….. sila doakan saya bertemu jodoh yang baik ok…=.="


            ok sekian sahaja perkongsian ilmu yang diselup hsil pembacaan dan pengalaman hidupku sendiri… jika kita tidak bersependapat… maaf la… ini hanya sekadar coretan hatiku… kisah hidupku… n jika kamu mahu menambah…. dipersilakan ok… sekian..^^

No comments:

Post a Comment